Ini merupakan ajakan memualkan seorang Diktator yang sedang menjadikan dirinya “Jaguh” atau “Wira” Melayu sekali pagi.
Mahathir hampir mengakui bahawa beliau sedang ditewaskan oleh kerakusan DAP di dalam PH
Jelas bahawa Mahathir gagal mengawal dan memperlahankan setiap strategi DAP dalam menguasai kerajaan PH hari ini.Mahathir sedar akan kegagalan beliau membendung niat jahat dan cubaan DAP dalam memastikan Agama Islam bukan lagi Agama Rasmi Kerajaan Malaysia.Mahathir gagal memperjuangkan nasib Melayu apabila DAP sedang melaksanakan agenda ala pembersihan kaum dalam Malaysia dengan menjual segala bentuk aset Bumiputera dan harta mutlak Umat Islam Malaysia.Mahathir sedang bernafas laju dalam keadaan berdebar dan cemas kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri yang mmiliki kuasa penentu.Jawatan yang beliau sandang juga merupakan “IHSAN” dari DAP yang mnguasai seluruh kerajaan Mahathir kali ini
Justeru Mahathir mengajak semua Melayu bersatu di bawah sebuah parti agar Melayu menjadi kuat.Ajakan Meloyakan ini nampak Mahathir sedang terdesak.Lagi Memualkan apabila ajakan agar Melayu masuk kedalam Parti BUNGA yang beliau tubuhkan dan mempunyai kerusi paling sedikit dalam Parlimen untuk memperkuatkan Melayu?.
Sah ini ajakan Diktator Tua yang Nyanyok yang sedang hilang arah dan punca untuk terus berkuasa sehingga akhir hayatnya
Apakah rakyat masih buta atau pekak untuk menilai semua ini??? Bangkitlah wahai Melayu(Bumiputera) Islam.Jangan lagi masuk lubang yang sama kali kedua.
Megat Tawarikh
