7 SUNNAH NABI YANG UTAMA
Apakah sunnah sunnah utama Nabi SAW?
♥ Pertama: Tahajjud, kerana KEMULIAAN seorang mukmin terletak pada tahajjud malamnya.
♥ Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
♥ Ketiga: Solat berjemaah di masjid terutama di waktu subuh.
♥ Keempat: Jaga solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.
♥ Kelima: Jaga sedekah setiap hari (walau pun dengan sebiji kurma). Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
♥ Keenam: Jaga wudhu’ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
♥ Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat untuk menghapus dosa. Ketahuilah dosa-dosa kita buat kita jauh dari Allah.
Selamat Beramal…..

