Ph gagal sokmor.

  1. Kerajaan PH telah dakwa anak tiri saya, Riza Aziz, di mahkamah hari ini kerana disyaki “cuci” wang.
  2. Dia bukan didakwa curi wang, menyeleweng ataupun salahguna kuasa. Tetapi “cuci” wang.
  3. Lima tuduhan hari ini adalah ke atas lima pindahan wang pelabur ke akaun bank syarikat filem dia iaitu Red Granite Holdings.
  4. Kesemua dakwaan-dakwaan itu adalah transaksi yang berlaku di luar negara dan melibatkan pelabur asing serta bank asing.

Tidak ada satu pun transaksi berlaku dalam Malaysia.

  1. DOJ Amerika Syarikat pernah menyaman Riza dengan saman sivil lucuthak tentang lima-lima transaksi ini kerana mendakwa ada dana dari pelabur yang didakwa boleh dikesan sumbernya dari 1MDB.
  2. Riza tidak pernah didakwa oleh DOJ dengan kes jenayah setelah 4 tahun DOJ siasat walaupun syarikat Riza itu berpangkalan di Amerika Syarikat dan sebilangan transaksi itu berlaku di Amerika Syarikat dan melibatkan bank Amerika Syarikat.

Segala pelaburan-pelaburan filem ada perjanjian pelaburan masing-masing. Saya difahamkan juga bahawa sebahagian dari dana pelaburan itu juga telah dipulangkan setelah projek berjaya.

  1. Malah kes lucuthak Riza telah digugurkan oleh DOJ setelah mencapai perjanjian penyelesaian di mana Riza membayar US$60 juta kepada DOJ.

(keuntungan yang dijana dari dana yang sumbernya didakwa haram juga didakwa sebagai dana haram)

Difahamkan bahawa dana US$60 juta ini juga telah dihantar oleh DOJ kepada kerajaan Malaysia dua bulan lalu, siap bergambar lagi.

  1. Tetapi, kerajaan PH tak puas hati dan telah mendakwa Riza di atas demi nafsu politik mereka.
  2. Riza telah lama meneruskan karier dia di luar negara dan pada masa itu saya tidak pernah terlibat atau mengetahui secara mendalam tentang kerjaya dan bisness dia.
  3. Tapi apa yang saya fahami beberapa tahun yang lepas ialah dia telah menubuh sebuah syarikat yang bernama Red Granite untuk menerbitkan filem. Dia telah menjadi penerbit filem (film producer).
  4. Adalah lazim dalam industri filem Amerika Syarikat bahawa untuk setiap projek filem, penerbit filem akan mencari pelabur-pelabur.
  5. Antara pelabur-pelabur ini termasuk beberapa individu tertentu yang dikatakan ada kaitan dengan dana 1MDB. Inilah punca DOJ mengambil tindakan masa itu.
  6. Antara filem-filem yang diterbitkan oleh syarikat Riza termasuk filem “Wolf of Wall Street” yang ramai penyokong PH gelar sebagai filem lucah.
  7. Saya difahamkan bahawa filem ini bukan filem lucah atau filem semburit semata-matanya tetapi filem tentang riwayat seseorang yang mengandungi beberapa bahagian yang mengandungi unsur filem dewasa.

Filem ini juga dicalonkan lima kali untuk anugerah Oscar. Takkan filem lucah dicalonkan untuk Oscar? Sejak bila Oscar ada kategori filem lucah?

  1. Perlu ingat bahawa Riza adalah penerbit filem dan bukan pengarah filem. Ianya pengarah filem yang menentukan apa kandungan dalam filem.

Pengarah filem itu juga adalah antara pengarah paling terkenal di dunia iaitu Martin Scorsese yang pernah menang Oscar.

  1. Akhirnya, filem yang dibintangi Leonardo DiCaprio berjaya kerana memperolehi penjualan tiket sebanyak US$392 juta (RM1.63 bilion) di seluruh dunia.
  2. Filem-filem lain yang diterbitkan selepas ini oleh syarikat Riza turut berjaya termasuk:
  • filem Dumb and Dumber 2 yang dibintangi oleh Jim Carrey dan Jeff Daniels (penjualan tiket US$170 juta / RM705 juta)
  • filem Daddy’s Home 1 (penjualan tiket US$240 juta / RM1 bilion) yang dibintangi oleh Will Ferrel dan Mark Wahlberg.
  1. Perniagaan Riza adalah untuk pasaran seluruh dunia. Dia tidak dapat apa-apa projek dari kerajaan Malaysia.
  2. Tapi memang dalam kuasa kerajaan PH untuk mendakwa sesiapa yang mereka mahu atas apa-apa sebab pun.
  3. Kita hanya boleh mengupah peguam untuk melawan dan buktikan kebenaran serta menang di Mahkamah.

Namun kerajaan PH akan terus menindas saya dan keluarga saya bagi mengaburi kegagalan sebenar mereka mentadbir.

Cuti

Assalamualaikum wbt
Kepada:
Dato’ Sri, Dato’, Penjawat Awam dan Swasta, Kakitangan Badan Negeri dan Persekutuan di Pahang, Rakyat dan pemastautin Pahang, tuan-tuan dan puan-puan

Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama SUK Pahang, Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) sedang menjalankan kajian tinjauan perubahan cuti umum daripada SABTU-AHAD kepada JUMAAT-SABTU bagi mendapatkan maklum balas secara menyeluruh dari seluruh lapisan masyarakat dalam negeri Pahang Darul Makmur.

Sila kongsikan pandangan anda melalui capaian url seperti berikut:

shorturl.at/fqQ15

Maklum balas bagi soalselidik ini adalah dilindungi dan hanya digunakan untuk tujuan rasmi ini sahaja.
Sekian terima kasih.

PROF. MADYA DR HASAN AHMAD
DEPARTMENT OF HUMAN SCIENCES
CMHLS
UMP
09-4246806

Mohon sebarkan luaskan kepada semua rakan anda untuk mengambil bahagian dalam soal selidik ini. Penyertaan tamat pada 31 JULAI 2019. TERIMA KASIH

1party

Ini merupakan ajakan memualkan seorang Diktator yang sedang menjadikan dirinya “Jaguh” atau “Wira” Melayu sekali pagi.

Mahathir hampir mengakui bahawa beliau sedang ditewaskan oleh kerakusan DAP di dalam PH

Jelas bahawa Mahathir gagal mengawal dan memperlahankan setiap strategi DAP dalam menguasai kerajaan PH hari ini.Mahathir sedar akan kegagalan beliau membendung niat jahat dan cubaan DAP dalam memastikan Agama Islam bukan lagi Agama Rasmi Kerajaan Malaysia.Mahathir gagal memperjuangkan nasib Melayu apabila DAP sedang melaksanakan agenda ala pembersihan kaum dalam Malaysia dengan menjual segala bentuk aset Bumiputera dan harta mutlak Umat Islam Malaysia.Mahathir sedang bernafas laju dalam keadaan berdebar dan cemas kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri yang mmiliki kuasa penentu.Jawatan yang beliau sandang juga merupakan “IHSAN” dari DAP yang mnguasai seluruh kerajaan Mahathir kali ini

Justeru Mahathir mengajak semua Melayu bersatu di bawah sebuah parti agar Melayu menjadi kuat.Ajakan Meloyakan ini nampak Mahathir sedang terdesak.Lagi Memualkan apabila ajakan agar Melayu masuk kedalam Parti BUNGA yang beliau tubuhkan dan mempunyai kerusi paling sedikit dalam Parlimen untuk memperkuatkan Melayu?.

Sah ini ajakan Diktator Tua yang Nyanyok yang sedang hilang arah dan punca untuk terus berkuasa sehingga akhir hayatnya

Apakah rakyat masih buta atau pekak untuk menilai semua ini??? Bangkitlah wahai Melayu(Bumiputera) Islam.Jangan lagi masuk lubang yang sama kali kedua.

Megat Tawarikh

TolakDAP/PH

TolakDIKTATORtua

http://www.astroawani.com/berita-politik/dr-mahathir-ajak-semua-parti-melayu-bergabung-bawah-satu-parti-211928

7

7 SUNNAH NABI YANG UTAMA

Apakah sunnah sunnah utama Nabi SAW?

♥ Pertama: Tahajjud, kerana KEMULIAAN seorang mukmin terletak pada tahajjud malamnya.

♥ Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

♥ Ketiga: Solat berjemaah di masjid terutama di waktu subuh.

♥ Keempat: Jaga solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

♥ Kelima: Jaga sedekah setiap hari (walau pun dengan sebiji kurma). Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

♥ Keenam: Jaga wudhu’ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

♥ Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat untuk menghapus dosa. Ketahuilah dosa-dosa kita buat kita jauh dari Allah.

Selamat Beramal…..